Liga Remaja Kreatif 2013 - Klik dengan bijak

Tahniah kepada 4 orang pelajar dari kelas 2A yang telah berjaya menghasilkan video sketsa bertajuk "Klik dengan bijak" untuk satu pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013. Beberapa hari ini mereka kelihatan sibuk membuat pengambaran pada sebelah pagi dan  pulang pada lewat petang.  Kesungguhan mereka untuk memenangi pertandingan ini bukan lagi rahsia. Mereka sanggup berusaha untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 

InsyaAllah, kita nantikan tayangan video mereka selepas pertandingan tersebut selesai.Terima kasih kepada guru yang membantu mereka. Mereka terdiri daripada :
  1.  Akmal Shukri - Pengarah dan Jurukamera
  2. Nicole Charles - Penolong pengarah
  3. Abdullah Nudin - Penulis skrip
  4. Abel Albright - Penyunting



Semoga mereka berjaya

Majlis Menghalalkan Ilmu Pelajar Tingkatan 6 Atas

SMK Baru Miri, 16 Maei 2013 - Satu majlis ringkas, majlis menghalalkan ilmu telah di adakan di Dewan Harmoni SMK Baru. Majlis dimulakan dengan ucapan Penolong Kanan Tingkatan 6 diikuti dengan ucapan pengetua. Seterusnya semua guru diberi peluang menyampaikan amanat mereka dan apa yang mereka harapkan kepada anak didik mereka.

Majlis tersebut berlangsung selama 1 jam, bermula jam 7.30 pagi itu berakhir dengan penuh semangat yang membara. Semua pelajar menyatakan hasrat untuk membuat kejutan pada peperiksaan semester yang akan bermula pada Hari Isnin 20 Mei 2013 ini. Kekalahan pada peperiksaan yang lepas perlu diperjuangkan.

Semoga mereka akan berjaya seperti mana yang diharapkan.. 

Selamat menduduki peperiksaan..














Terima kasih Cikgu

Lawatan Penyelaras PBS STPM

Pada minggu lepas, SMK Baru Miri sibuk menerima tetamu. Bukan sahaja dari pihak bank yang sentiasa berminat mempromosikan barangan mereka tetapi lawatan dari penyelaras PBS bagi mata pelajaran berkenaan Tingkatan 6. Antara penyelaras yang datang ke SMK Baru Miri ialah Cg  Mohd Khalid Wahap dari SMK Merbau pada 2 Mei 2013, Cg Masta Bt Dris - Penyelaras PBS Sejarah STPM dari Kolej Tuanku Hj Bujang  pada 3 Mei 2013 dan Hwang Jian Peng Pentaksir PBS BM STPM dari SMK Luar Bandar Miri pada 7 Mei 2013.

Cg Masta Bt Dris
Terima kasih Cikgu

Pemantauan Sekolah Ganti..

Pada hari Sabtu 27 Mei 2013 lalu merupakan sekolah ganti bagi perayaan  tahun baru Cina. Semua sekolah diarah supaya pada hari tersebut PdP perlu dijalankan seperti biasa. SMK Baru Miri akur akan arahan tersebut supaya masa MMI murid dijaga. Sementara itu, pada hari yang sama jam 9.00 pagi PPD Miri juga telah menghantar seorang pegawai kurikulum ke sekolah untuk tujuan pemantauan iaitu En. Bagin Macmillon.

En. Bagin Macmillon bersama ustaz Awang Zulkarnain
Terima kasih Cikgu

Naziran kewangan dari JAN

Pada 13 Mei 2013 lalu 4 orang pegawai dari Jabatan Akauntan Miri telah melawat SMK Baru seterusnya menjalankan naziran kewangan. Mereka terdiri daripada En. Abd Aziz Salleh (Penolong Akauntan), En. Ali bin Ahmad (Pembantu Akauntan), En. Syawal Bin Mohamad (Pembantu Akauntan) dan Puan Helni Binti Kambut. 

Naziran bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi. Sesi penerangan dan teguran kepada Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir diadakan pada jam 11.00 pagi. Tidak banyak teguran dan pengurusan kewangan dalam keadaan terkawal dan baik.







Terima kasih Cikgu..